Quantcast
Channel: Herba Zuriat
Viewing all 44 articles
Browse latest View live

9 Tip untuk hamil dengan cepat

$
0
0
Nota: Artikel ini diambil di internet. Namun kami tidak menjumpai artikel asal untuk diberikan kredit. Jika anda rasa anda adalah pemilik artikel ini, sila beritahu kami.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

 2. Jumpa doktor anda. 

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat. 

3. Dapatkan berat badan yang ideal. 

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal. 

4. Ketahui waktu subur anda. 

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat. 

5. Hubungan seks yang lebih kerap. 

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi. 

6. Tingkatkan kesuburan suami. 

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil. 

7. Mengambil multivitamin. 

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.  

8. Bersenam secara rutin . 

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin. 

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Petua 3: Cara penyediaan Buah Zuriat & cara makan oleh Myvitrd

$
0
0
Dibawah adalah petua penyediaan dan kaedah makan buah zuriat yang disediakan oleh seorang blogger. Menurut beliau, 1-2 bulan sebelum isterinya hamil, mereka mengamalkan meminum air Buah Zuriat. Pihak Herba Zuriat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana berkongsi dengan kita petua ini. Kalau nak lihat testimonial mereka yang dah berjaya dengan air rebusan buah zuriat, boleh klik DISINI.

Kredit to MyVitrd

Sapa yang perasan entri aku sebelum ni "Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat" yang mana aku janji akan kongsi macam mana cara nak memakan buat zuriat ni.

Pagi ni kalau korang nak tahu aku baru je selesai mengerjakan 2 biji buah zuriat ni.. kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yang sangat keras ni.


Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT

Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)



Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Dekat Bawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa mengerjakan buah zuriat tadi

Mula-mula ingat nak ketuk guna lesung batu.. tapi tak jalan juga..melantun-lantun macam belon

kecewa dengan lesung aku cuba hiris guna pisau.. macam kopek buah kelapa tau.. sebab ada sabut

Kalau betul2 tak sabar memang tak jadilah macam dekat atas ni.. pertama kali aku buat keje macam ni.. hehehe.. demi untuk isteri tercinta

nilah dia beza yang aku dah buang sabut dengan belum.. kalau korang nak tahu.. tempurung ni lagi keras dari tempurung kelapa.

konon-konon nak cuba ketuk guna lesung lepas buang sabut.. tapi mcam takda kesan je.. still rupa yang sama.

korang tahu aku buat apa ni sampai berlubang.. aku korek dekat atas sampai jadi macam ni guna pisau..

akhirnya aku berjaya kopek tempurung buah zuriat untuk lapisan pertama

nilah dia biji buah zuriat lepas keluar dari tempurung.. kalau korang nak tahu kulit yang ni lagi keras dari dari tempurung luar tadi

hasilnya membuahkan hasil.. lega rasanya bila dah berjaya keluarkan dari tempurung..

nilah dia isi buah zuriat tu.. sekali pandang macam isi kelapa kering.. bila aku picit isi dalam tu keras dia cuma tuhan je yang tahu.

tengoklah hasil aku kerjakan 2 biji buah zuriat dari Mekah ni.

Alhamdulilah isi dah aku keluarkan dan dah siap potong untuk direbus.. dia orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. tadi aku dah mula rebus.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.. aku pon tak rasa lagi air tu rasa apa sebenarnya.. apa pon doakan kami berdua supaya cepat dikurniakan zuriat ye.. amin

Nota Kaki : Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..

FAQ 1: Berapa lama boleh tahan buah zuriat ini jika tidak digunakan?

$
0
0

Ramai yang bertanya kepada saya, tahan lamakah buah ini? Boleh ke disimpan tanpa digunakan atau mungkin ada expiry date?

Jawapan saya:

Sebenarnya, saya pernah menyimpan buah ini lebih 1 tahun. Pada ketika saya menunaikan umrah pada tahun 2008, saya telah membeli buah ini di Jabal Uhud di Madinah. Di Jabal Uhud, terdapat beberapa perempuan warga Afrika yang menjual herba kering atau 'dry herbs' bermacam jenis. Jika anda berpeluang ke sana, selalu mutawwif umrah akan membawa anda menziarahi Jabal Uhud, lokasi pertempuran tentera Islam dan Musyrikin dalam Perang Uhud. Disitulah saya membeli Buah Zuriat atau Buah Hawa ini.

Saya membawa balik Buah Zuriat ini ke Malaysia dan seperti sesetengah orang lain, hanya menyimpan buah ini tanpa digunakan. Kemudian, pada tahun 2010, sewaktu saya ingin berpindah rumah ke tempat lain, saya mendapati buah ini masih elok dari segi saiznya dan kekerasannya. Hanya dibahagian luar, terdapat sedikit kulat. Mungkin sebab saya letak di kawasan basah. Isi didalamnya masih elok.

Jadi, dari pemerhatian ini, apa yang saya boleh katakan, buah ini boleh tahan lebih 1 tahun jika tuan meletakkannya di tempat kering. Atau anda mempunyai pendapat sebaliknya?

FAQ 2: Bahagian mana nak direbus, kulit atau isi?

$
0
0
 
Adakah kita perlu merebus kulit atau isi buah zuriat? Saya merasa keliru kerana dari pembacaan saya, ada yang merebus sekaligus iaitu kulit dan juga isinya sekali.


Jawapan saya:

Sebenarnya kita boleh merebus isi dan kulit sekaligus. Kita juga boleh mengupas kulitnya sahaja kemudian kisar sehingga menjadi serbuk dan jadikan ianya seperti teh. Maksud saya, jika kita mengisar kulit sahaja, maka kita hanya boleh tuangkan air panas dan hidangkan macam kita buat air teh. Sebabnya ialah orang Arab menjadikan kulit buah zuriat sebagai teh minuman seharian mereka. Mereka mempercayai ianya bagus untuk melancarkan darah, menurunkan darah tinggi malah menurunkan kadar kolestrol dan kencing manis. Cuba lihat gambar di atas. Bakul yang didepan itu ialah kulit buah zuriat. Mereka menjual kulitnya bukan isi putihnya. Namun, ramai pengguna di Malaysia yang berjaya hamil dengan merebus isi putih tersebut.

Tetapi, jangan pula jadikan isi putih yang keras itu sebagai serbuk teh kerana dibimbangi perut tidak dapat menghadam isi putihnya yang keras itu. Isinya itu perlu direbus dalam air menggelegak sehingga mengeluarkan warna seperti teh contohnya dengan merebus dari 3 gelas air menjadi 1 gelas.

Kalau rebus kedua-duanya pula? Itu lagi lah boleh. Yang tak boleh ialah dengan menjadikan isi putih yang keras itu jadi macam serbuk teh. Kalau boleh jadikan ianya sekecil nanopowder, mungkin boleh.

Koleksi 3 : Testimoni & Pengalaman Pengguna Buah Zuriat

$
0
0
Kalau nak lihat testimonial & pengalaman pengguna sebelum ini yang berjaya, lawati link ini
 http://herbazuriat.blogspot.com/search/label/Testimoni
Pengguna 17
eh kawan2 jaja ada dpt satu berita tau..kawan jaja pun lama gak nk dptkan anak...dia makan buah zuriat dr mekah alhamdulilah..berhasil...& satu lg makan serbuk kurma yg dibeli di mekah bancuh ngan telur ayam kg & madu pun boleh jugak...ni jaja tgh guna serbuk kurma tu...kawan belikan khas dr sana...coz dia dok sana..kalau ada diantara kenalan kawan2 kirim la dioarg beli benda tu
Pengguna 18
saya pun ada minum ari buah zuriat ni.. tp xder berhasil lagi..tp cousin saya yg minum air ni... mmg berhasil.. hehe...igtkan nak suruh sapa2 ada pegi mekkah tok beli buah ni la...
Pengguna 19
salam perkenalan semua...mira orang baru dalam forum nie :)
Mana nak dapat buah ni...mira nak cubalah...dah 7 tahun kawin masih
belum ada cahayamata..kalau ada sesiapa yang dapat membantu mira
tolong bagitau mira ye :wink:
Mira ada terbaca dalam forum lain...ada pasangan tu pun tak de anak..
pastu mereka kirim pada rakan yg nak ke Mekah...Mereka minum....
lekat plak dalam sebulan tu. Dah rezeki Allah nak kasi mereka kan.
Jadi rasanya kita pun patut mencuba...selebihnya berserah padaNya.

FAQ 3: Adakah Buah Zuriat itu dikenali juga Buah Kokka?

$
0
0
Ada yang mengatakan Buah Zuriat itu adalah Buah Kokka iaitu sejenis pokok yang dijadikan bahtera Nabi Nuh?

Jawapan saya:

Bukan sama sekali. Buah Zuriat bukannya Buah Kokka. Kita orang Melayu ni dah banyak ditipu oleh orang yang nak mengambil kesempatan. Saya akan mengupas nama saintifik bagi buah ini dalam artikel khas nanti. Selalulah melawati blog ini untuk mengetahui jawapannya.

FAQ 4: Siapakah yang sepatutnya minum air Buah Zuriat? Suami atau isteri?

$
0
0
Suami atau isteri yang patut minum? Atau bolehkah kedua-duanya minum?

Jawapan saya:

Selalunya pihak suami ini enggan bekerjasama. Mereka beranggapan wanita lah yang patut minum. Sebenarnya kedua-keduanya boleh minum air rebusan buah ini. Buah ini dikatakan mampu meningkat sperma lelaki mengikut satu kajian di Timur Tengah. Saya akan mengupas kajian ini dalam artikel khas nanti. Kajian menunjukkan buah ini mengandungi antioxidant yang tinggi dan bagus untuk hypertension dan diabetes. Di Malaysia pula, ramai yang meminum air rebusan ini dapat meningkatkan peluang mereka untuk hamil.

[MESTI BACA] Buah Zuriat a.k.a Doum Fruits/Hyphaene Thebaica

$
0
0
Seperti yang saya telah janjikan sebelum ini, saya akan membongkar identiti Buah Zuriat ini yang masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat Malaysia malah Indonesia, Brunei & Singapore. Ramai yang masih tidak mengetahui nama sebenar buah ini dan nama botaniknya menyebabkan mereka tidak dapat mengenali pokoknya dan khasiatnya yang lain. Di Malaysia dan Mekah/Madinah, buah ini dijual kerana dikatakan 
mampu memperbaiki tahap kesuburan seseorang.

 

Apakah nama sebenar Buah Zuriat/Hawa/Adam/Kokka?


Nama yang paling popular bagi Buah Zuriat ialah Doum Fruits atau Gingerbread Palm Fruits manakala nama botaniknya ialah Hyphaene Thebaica. Pokok ini adalah sejenis palma dari keluarga Arecaceae. Pokok ini mempunyai nama yang berbeza di setiap negara. Sebagai contoh di negara Arab seperti Mesir, buah ini dipanggil Doum manakala dalam bahasa Swahili ianya dipanggil Mkoma manakala di India, pokoknya dipanggil Hoka. Ada kemungkinan istilah buah kokka itu datang dari sebutannya dalam bahasa India dimana pokoknya di panggil Hoka. Setakat ini saya menolak Buah Zuriat ini berasal dari jenis kayu yang dibuat bahtera Nabi Nuh kerana struktur pokok ini seperti pokok pinang dan batang yang kecil dan panjang. Sila lihat gambar. Nama botanik pokok ini juga berubah-ubah mengikut jenisnya. Jika di Afrika seperti Nigeria, Zambia dan lain-lain, jenis di sana ialah Coreacia. Jenis-jenis lain ialah Compressa, Dichotomy dan lain-lain.

 


Habitat Doum Fruits


Pokok ini hidup di sepanjang Sungai Nile sehingga ke Africa seperti di negara Sudan, Nigeria dan sangat popular di Mesir. Hyphaene Thebaica juga digelar Gingerbread Palm kerana buah ini mempunyai aroma yang tersendiri.




Khasiat Doum Fruits



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Buah Zuriat aka Doum Fruits menjadi popular di kalangan jemaah haji/umrah di Malaysia kerana dipercayai buah ini mampu meningkatkan kesuburan seseorang. Setakat ini saya merasakan perkara ini bukan omongan kosong kerana banyak pengakuan pengguna telah saya perolehi akan keberkesanan buah ini dari segi merawat kemandulan. Malah kajian saintifik sebuah universiti di Australia mendapati buah ini mempunyai elemen zat besi yang tinggi dan ianya mungkin menjadi penyebab dalam menyumbang kesuburan seseorang. Di Mesir, buah ini dipercayai mampu menyumbang dalam menormalkan tekanan darah, malah kajian di Mesir mendapati buah ini juga mampu merawat diabetes. Buah ini juga mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Di Mesir, Doum Fruits atau Buah Zuriat ini dijadikan seperti teh atau juice. Gambar yang saya sertakan adalah antara produk yang dibuat menggunakan Buah Zuriat.

Doum aka Buah Zuriat merawat ketidaksuburan dikalangan wanita - Dr Samir Hilo

$
0
0


Doktor Samir Hilo menyatakan Buah Zuriat aka Doum Fruit mampu merawat ketidaksuburan dikalangan wanita. Malahan, debunga buah zuriat juga dikatakan mempunyai khasiat yang sama. Jika pandai bahasa Arab boleh lawati laman web Dr Samir Hilo



Sila klik:   http://www.samirhilo.com/details.php?id=11



شجرة عظيمة قد يصل ارتفاعها إلى 20 متراً من الفصيلة النخلية (pal- mae)، تتفرع أغضانها إلى عدة أفرع تكلّلها الأوراق الخضراء، وتنزوي تحتها الأوراق الناشفة الصفراء، وتنتشر هذه الشجرة في منطقة الحجاز، وبخاصة في وادي دوم قرب بلدة الصويدرة، وكذلك توجد في شمال المملكة العربية السعودية.
أما ثمار الدّوم وتدعى (المقُل المكي)، فهي مغذية ولذيذة الطعم، وتباع على الأرصفة في مكة والمدينة المنورة، وحجمها كحجم البرتقالة الصغيرة، وتحمل الشجرة أكثر من ألف ثمرة في بعض الأحيان، والجزء الذي يؤكل من الثمرة هو الجزء الخارجي الاسفنجي، أما النواة فهي شديدة الصلابة، وهي بحجم بيضة الدجاجة.
ويحتوي الجزء الخارجي من الثمرة على المكونات التالية:
1- بروتين متخثّر 5%
2-بروتين صافي 5%
3- دهون 10%
4- ألياف 35%
5- رماد 1.5%
وينبغي تناول الثمار نيئة، لأن تحميصها يتسبب في خسارة تبلغ 90% من البروتينات القابلة للهضم.
تستخدم أوراق وخشب الدوم في صناعة الأوراق بنوعيات متفاوتة من الجودة، إذ تعطي الأوراق نوعية ممتازة، بينما يعطي اللحاء نوعية متدنية.
وقد تم استخلاص هرمون الاسترون (Estrone) من ثمار، وحبوب لقاح شجرة الدّوم.
كما أظهرت الدراسات وجود قلويدات قلبية بالإضافة إلى التانين في مستخلص الأوراق. ولم تظهر الدراسات أي تأثيرات سامة على حيوانات المعمل.

الاستخدامات الطبية:
- لعلاج ارتفاع ضغط الدم: تنقع الثمار بغرض تليينها، ثم تؤكل بمعدل 3 – 4 ملاعق من قشور الثمار يومياً، وإما أن يضاف مسحوق القشور بمقدار 3 ملاعق إلى كوب ماء مع قليل من السكر، ويشرب يوميا بمقدار كوبين إلى ثلاثة.
- لعلاج العقم عند النساء: يتم تناول ملعقة من حبوب لقاح الشجرة مخلوطًا بالعسل يومياً. كذلك تصنع تحميلة مهبلية من حبوب اللقاح تستعمل قبل الجماع بساعة. 

 Terjemahan kedalam bahasa Inggeris oleh Pakcik Google Translate


Great tree may reach a height of 20 meters of the platoon palm (pal-mae), branching Ogdanha to several branches of the equally clear green leaves, and Tenzue underneath leaves dry yellow, and the spread of this tree in the Hijaz region, especially in the Valley Dome near the town of Alsoedrh, as well as found in north of the Kingdom of Saudi Arabia.
The fruits of Doom called (fried in Mecca), they are nutritious and delicious taste, and sold on the sidewalks in Mecca and Medina, and size as the size orange small, with the tree more than a thousand fruit in some cases, and the part that is eaten of the fruit is the outer part of sponge, and the nucleus is high hardness, the size of a chicken egg.
It contains the outer part of the fruit on the following components:
1 - 5% coagulated protein
2 - 5% net protein
3 - 10% fat
4 - 35% fiber
5 - 1.5% ash
And should be dealt with raw fruits, because the roasting causes the loss of 90% of digestible protein.
Leaves and wood are used in the manufacture of Doom securities of varying qualities of quality, as it gives an excellent quality securities, while giving low quality bark.
The hormone was extracted Alastron (Estrone) of the fruits, and tree pollen Doom.
Studies have also shown the presence of alkaloids in addition to a heart attack in the tannin extract leaves. Studies did not show any toxic effects on laboratory animals.

Medical uses:
- To treat high blood pressure: soak the fruit for relaxation, and then eaten a rate of 3-4 tablespoons of fruit peel a day, and either be added by cobalt powder 3 tablespoons to a cup of water with a little sugar, and by drinking two cups a day to three.
- For the treatment of infertility in women: is eating a tablespoon of tree pollen mixed with honey every day. As well as vaginal suppository made of pollen used one hour before sexual intercourse.

Kami akan menjual Serbuk Debunga Kurma tidak lama lagi

$
0
0
Assalamualaikum WBT,

Kepada semua pengunjung yang telah menghubungi kami sebelum dan selepas Hari Raya, kami meminta maaf kerana tidak dapat membekalkan kepada tuan puan buah zuriat. Sebenarnya stok buah zuriat kami telah habis sebelum Hari Raya baru-baru ini. Kami telah menghubungi pembekal kami namun pihak pembekal ingin menaikkan harga buah tersebut. [STOK BUAH ZURIAT TELAH TIBA, SILA HUBUNGI KAMI DI 019-912 6450 - diedit pada 28/9/2011]

Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk berhenti mengimport buah tersebut buat masa ini. Namun, terdapat pihak di Timur Tengah sana yang ingin membekalkan kepada kami Serbuk Debunga Kurma dengan harga yang lebih murah berbanding yang terdapat di pasaran Malaysia pada masa ini. Maka, bermula pada minggu hadapan, kami akan mula menjual Serbuk Debunga Kurma yang mengikut petua dan tradisi Arab, ianya mempunyai kesan yang lebih baik berbanding buah zuriat.

Untuk mereka yang ingin membeli dengan harga borong Serbuk Debunga Kurma untuk dijual di kiosk-kiosk herba di pasaraya atau ingin menjual secara online, boleh menghubungi pihak kami di talian 019-912 6450.

Kami akan menjual 100 kotak Serbuk Debunga Kurma pada harga promosi iaitu RM38 sekotak termasuk kos penghantaran pos lajubermula pada minggu hadapan. Untuk melalukan pre-order, sila sms ke 019-912 6450.

Sekian, terima kasih.

Dari,
Pihak pengurusan Herba Zuriat

Masyarakat Arab percaya Serbuk Debunga Kurma mampu merawat ketidaksuburan

$
0
0
Salam buat semua,

Untuk makluman semua, kami sudah tidak lagi menjual Buah Zuriat.[DIEDIT: STOK BARU BUAH ZURIAT SUDAH TIBA, SILA HUBUNGI KAMI] Buat masa ini, kami hanya menjual Serbuk Debunga Kurma. Actually, SERBUK DEBUNGA KURMA atau dalam Bahasa Inggeris disebut 'Palm Pollen Powder' atau 'Dates Pollen Powder' ini lebih glamour atau lebih popular di kalangan orang Arab dalam merawat infertility atau ketidaksuburan berbanding Buah Zuriat atau Doum. Malahan, orang Arab juga percaya yang serbuk debunga kurma ini dapat meningkatkan tenaga seksual atau tenaga batin untuk hubungan suami isteri. Sebab itu, kalau kita ke pasar-pasar yang berdekatan kebun kurma, kita akan dapati ramai pak-pak Arab menjual Debunga Kurma ini. Lihat saja gambar-gambar dibawah:-

Kepercayaan masyarakat Arab ini sebenarnya bukan omong-omongan kosong, malahan kajian beberapa penyelidik universiti mendapat Serbuk Debunga Kurma ini memang mampu merawat ketidaksuburan dan infertility dengan izin Allah. Biasanya, Serbuk Debunga Kurma ini dicampur dengan madu sebelum dimakan. Untuk mereka yang pernah memakan Serbuk Debunga Kurma, pasti akan merasakan bahawa bau Serbuk Debunga Kurma ini seperti air mani lelaki. Itu lah keunikan Serbuk Debunga Kurma. Selalunya masyarakat Malaysia hanya membeli Serbuk Debunga Kurma ini di Mekah atau Madinah sewaktu mengerjakan haji atau umrah. Namun, kini blog kami menjual sekotak Serbuk Debunga Kurma dengan harga RM38 termasuk pos. Sila hubungi atau sms 019-912 6450 untuk order serbuk tersebut.

Bersusun-susun Debunga Kurma di jual di tepi-tepi jalan

Kelihatan Debunga Kurma di jual di tepi jalan


















































































































































Cara-cara menyediakan dan cara makan Serbuk Debunga Kurma

$
0
0
- Dos yang dicadangkan: 1 sudu teh yang kecil setiap hari bersamaan 1 grams serbuk debunga kurma. Campurkan dengan 1 sudu madu asli. Kacau sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.

- Waktu makan: Pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.

Untuk memudahkan pengambilan, boleh jadikannya ketul-ketulan seperti gambar dibawah. Caranya mudah sahaja. Ambil packet Streptsil yang sudah digunakan atau dibuang isinya dan jadikan ianya sebagai acuan. Kemudian campur madu asli dengan Serbuk Debunga Kurma dan gaul sehingga agak sebati. Letakkan ke dalam acuan paket strepsil tersebut.


- Atau lepas gaul hingga sebati tadi, gumpal kecil-kecil jadikan bebola. Make sure boleh dapat 20 biji untuk 20 hari makan. Dos yang kami sarankan ini sebenarnya digunakan oleh penyelidik Universiti of Tikrit, Iraq.

- Simpan dalam peti sejuk. 


- Kalau nak tambah serbuk habbatus sawda dan debunga lebah, lagi bagus. Ramai wanita Arab menambah 2 unsur ini kedalam resipi Serbuk Debunga Kurma.


Jangan lupa berdoa banyak2 & minta rezeki hanya pada Allah.


Amaran: Sesetengah orang alah atau alergi pada debunga, jika anda mengalami simptom gatal, bersin dan lain-lain, anda mungkin alah pada debunga...

 


 
 
 











 















Testimoni 1 - Serbuk Debunga Kurma

$
0
0
Baunya agak kurang menyenangkan. Betul, bau macam sperma. Tongue Tapi nak anak punya pasal, telan je la.... Serbuknya sangat halus! Kekadang termasuk dalam hidung! Hehehee...... Mummy makan serbuk ni setiap hari selama hampir 3-4 bulan (Ogos - November 2010). 1 Disember 2010, Alhamdulillah Mummy disahkan mengandung.

Testimoni & Pengalaman Yang Berjaya - Buah Zuriat (TERKINI!!!)

$
0
0
 Nota: Pengalaman ini dipetik di forum yang berkaitan. Bukan testimoni pelanggan HerbaZuriat.Blogspot.Com. Jika testimoni itu dari pelanggan kami, saya akan nyatakan tarikh pembelian pelanggan kami itu...


Credit to http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=526172&extra=page%3D1&page=65

Salam semua....

Saya SR je sebelum ni, hari ni teringin pulak nak share pengalaman saya..


Saya dah berkahwin 6 tahun, mummy to a cute little boy.


1 year kawin x pregnant, saya dah stress sgt2 coz adik, sepupu, adik ipar n kawan2 yang kawin selepas saya semua dah pregnant.. tiap2 bulan beli UPT, (coz period saya memang x teratur) dengan harapan manalah tau +ve.. tapi everytime -ve


2nd year saya pegi LPPKN wat treatment. turns out, my husband normal. saya ada ovulation problem.. buat HSG nasib baik tube x block tapi dr kata ovari saya slow..

saya just makan clomid, inject puregon n pubergen. then try to conceive naturally..
tapi x berjaya.. masa ni tak terfikir pun nak try IUI..

3rd year saya concentrate on berurut pulak.. macam2 orang saya cuba.. saya makan jugak biodex  , multivitamin, asid folic n macam2 petua2  tapi xde hasil jgk..


4th year, saya dah x nak stress2 lagi. saya fikir aku mesti boleh mengandung jgk.. orang lain boleh nape aku x boleh.. saya banyakkan solat hajat, baca yasin 7 mubin saya berdoa.. "Ya ALLAH kurniakanlah aku zuriat walaupun seorang aku bersyukur Ya ALLAH.. Berilah peluang aku jadi seorang IBU...


Hinggalah satu hari ada kakak kat opis ni bagi buah hawa dari mekah.. dia suruh cuba minum.. saya rebus n minum selepas period.. masa ni x berharap apa2 pun..

hinggalah period saya delay n tergerak nak wat UPT.. alhamdulillah positif..
tapi sayangnya kandungan tu tahan 6 minggu je.. saya miscarriage

Tak lama lepas tu ada kakak opis yg lain pegi mekah bagi jugak buah hawa ni..

saya rebus n minum jgk.. on the day period due ada kuar spotting, saya ingatkan darah period.. tapi esoknya dah xde.. masa tu dah nak makan ubat turun period, tapi hati tergerak nak wat UPT dulu.. terkejut tengok +ve..

Alhamdulillah now my my baby boy dah 1 years old..


Sorry la panjang sgt post saya ni.. just nak bagi semangat kat member2 di sini..


tunggu baby 18 months baru nak TTC yang kedua..


Nota: Testimonial ini bukan pelanggan blog herbazuriat. Namun, kami letakkan di blog sebagai panduan.

Tahniah buat Puan Suhaila (Shah Alam) dan Puan Aya (Putrajaya) kerana berjaya hamil. Serbuk Debunga Kurma kehabisan stok, kami sedang order baru (updated 30 Oct 2011)

$
0
0
Salam semua,

Serbuk debunga kurma sudah kehabisan stok. Kami berterima kasih kepada semua pembeli. 100 kotak terjual dalam masa 1.5 bulan sahaja. Testimonial terbaru yang kami perolehi dari Puan Suhaila dari Shah Alam. Pada mulanya beliau beli buah zuriat dari kami, namun tidak berjaya. Bulan lepas beliau cuba pula serbuk debunga kurma dan berjaya prgenant selepas 3 tahun mencuba. Tahniah kami ucapkan. Mungkin ada juga kesan dari buah zuriat. Sebab kadang-kadang buah zuriat ni ambil masa 2-3 bulan untuk berjaya. Apapun itu adalah rezeki masing-masing kan. Belum tentu buat IUI berjaya kalau tidak kerana rezeki dari Allah. Begitu juga dengan pemakanan buah zuriat dan serbuk debunga kurma. Yang penting adalah usaha.

Kami juga ucap tahniah buat Puan Aya dari Putrajaya kerana berjaya hamil dengan buah zuriat selepas 6 tahun mencuba. Kami sendiri hantar by hand kat Puan Aya ni sebab dia nak COD. Tak sempat habis lagi buah zuriat 10 biji tu, dah disahkan hamil 2 bulan. Alhamdulillah.

Okay, sapa yang nak order buah zuriat, jangan lupa contact kami ye!!! 019-912 6450

Booking & Pre-order dibuka sekarang! Serbuk Debunga Kurma akan tiba Isnin ini.

$
0
0
Salam kepada semua. Serbuk debunga kurma akan tiba Isnin ini. InsyaAllah. Buah zuriat akan tiba beberapa hari selepas itu. Disebabkan request yang begitu ramai, kami terpaksa mengutamakan mereka yang booking dan pre-order terlebih dahulu sebab serbuk debunga kurma dan buah zuriat ini adalah terhad.

Harga:

1 kotak serbuk debunga kurma = RM38
12 biji buah zuriat = RM 60
Pakej jimat (1 kotak serbuk debunga kurma + 6 biji buah zuriat) = RM 60

Kesemua harga adalah termasuk poslaju ke seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Harga Baru Buah Zuriat Dan Serbuk Debunga Kurma

$
0
0
Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung,

Kami ingin memaklumkan terdapat kenaikkan harga bagi serbuk debunga kurma dan buah zuriat bermula 7/12/2011. Seperti yang diketahui oleh pelanggan-pelanggan kami yang telah booking kedua-dua barang tersebut pada minggu-minggu yang lepas, terdapat kelewatan penghantaran barang dari Arab Saudi kerana pihak pembekal kami ingin menaikkan harga barang mereka. Alasan kenaikan barang-barang mereka ialah:-

1) Sejak akhir-akhir ini terdapat kenaikkan harga barang dan servis di sana.

2) Buah zuriat dan serbuk debunga kurma adalah barang yang terhad. Mereka mengatakan buah zuriat ini berbuah secara bermusim.

Maka, harga baru terbaik yang pihak kami boleh berikan ialah


Buah zuriat, 6 biji = RM 60


Serbuk Debunga Kurma, 1 kotak = RM40

Harga termasuk poslaju ke semenanjung, sabah dan sarawak.

Harap maklum.

Sila like kami di Facebook! Join kami di Facebook!

$
0
0
 http://www.facebook.com/HerbaZuriat

Salam kepada semua, saya telah sediakan ruangan untuk chatting dan bertukar-tukar pendapat di facebook. Sila like kami dan war-warkan kami kepada rakan-rakan dan saudara mara. Boleh like di sebelah kanan atas ruangan chatting. Semoga semua mendapat manfaat. Kalau tak jumpa, boleh copy URL diatas.

Terdapat testimonial dari Wak dimana isterinya berjaya mengandung dengan 1 botol serbuk debunga kurma. Alhamdullillah

Perhatian!!! Senarai harga terkini dan rasmi. Pakej jimat diadakan kembali.

$
0
0
Salam kepada semua, sebelum tu terdapat 4 pengumuman:-

1) Kesemua order yang sudah dibayar pada 2 minggu lepas telah diposlaju hari ini kepada lebih 50 customer. Jika anda termasuk salah seorang dari mereka dan masih tidak menerima barang tempahan anda pada Khamis ini, sila semak tracking number yang diberi. Atau maklum kepada kami melalui SMS. 

2) Kami prefer pelanggan kami berhubung melalui SMS jika ingin maklumbalas yang cepat. No telefon kami ialah 019-912 6450

3) Kami telah meletakkan ruangan Facebook di sebelah kanan blog untuk memudahkan perkongsian maklumat dan mendapatkan maklum balas sesama customer atau dengan kami sendiri. Mohon ramai-ramai Like Us di Facebook kat sebelah kanan blog ni. Kongsikan dengan kawan2 dan saudara mara. Spammer akan dibanned.

4) Dibawah adalah harga terkini dan rasmi. InsyaAllah tidak akan ada perubahan selama beberapa bulan ini. Jika ada, kami akan beritahu. PAKEJ JIMAT diadakan semula diatas permintaan. Jika anda ingin melakukan kombinasi produk yang lain dari disebut dibawah dan ingin dapatkan harga terbaik, sila SMS kami (019-912 6450).

HARGA

1 kotak Serbuk Debunga Kurma = RM 40
2 kotak Serbuk Debunga Kurma = RM 76

1 biji Buah Zuriat = RM 10
6 biji Buah Zuriat = RM 50

PAKEJ JIMAT!!!

1 kotak serbuk debunga kurma + 6 biji buah zuriat hanya RM75.

Harga termasuk pos berdaftar/pos laju. ALL INCLUSIVE !!!


CARA PEMBELIAN

(1) SMS/CALL ke 019-912 6450 untuk maklumat akaun bank

(2) Bank in duit ke akaun tersebut dan SMS maklumat pembayaran (jumlah dan waktu pembayaran) berserta alamat untuk pengeposan.

(3) Kami akan pos dan SMS tracking number pos berdaftar kepada anda.

Tracking Number PosLaju untuk Disember 2011 - Part 1

$
0
0
Berikut adalah Tracking Number Poslaju untuk Disember 2011 - Part 1.
Untuk makluman, kami telah poslaju kebanyakkan order dibawah pada Isnin, Selasa & Rabu. Namun, kami semak di laman Track & Trace PosLaju masih tiada rekod. Kami tidak pasti apa masalah yang berlaku. Namun, semua order telah kami poslaju. Boleh telefon no ini untuk sebarang pertanyaan. 1-300 300 300

Boleh semak di sini ---->  http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp
atau disini ----> http://www.poslaju.com.my/

Ada sebahagian order untuk Pakej Jimat dimana kami hanya pos serbuk debunga kurma & 2 biji buah zuriat (PERCUMA). Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, ini bermakna Buah Zuriat anda akan di poslaju secara berasingan. Kami akan pos Buah Zuriat ini selewat-lewatnya Isnin ini macam yang diorder dan 2 biji buah zuriat yang kami PosLaju itu adalah PERCUMA. Masalah ini disebabkan Buah Zuriat yang kami terima datang dalam 2 peringkat dan ianya dibawa balik dari pihak yang baru pulang dari Makkah oleh individu berbeza. Masalah ini hanya berlaku di bulan ini sahaja disebabkan pembekal kami ingin menaikkan harga barang dan tidak mahu pos barang mengikut cara biasa sebelum ini. 


1) Siti Hajar, Kuala Nerang (EM225395361MY)
2) Suhaila, Langkawi (EM225395432MY)
3) Halimah, Jerantut (EM225395477MY)
4) Aziah, Teluk Kumbar (EM225395446MY)
5) Nor, Kulim (EM225395463MY)
6) Azwani, Batu Pahat (EM225395485MY)
7) Haslina, Batu Gajah (EM225395582MY)
8) Muhammad, Bintulu (EM225395640MY)
9) Effa, Puchong (EM225395327MY)
10) Liyana, Klang (EM225395622MY)
11) Hasnah, Seremban (EM225395698MY)
12) Erni, Klang (EM225395653MY)
13) Indra, Petaling Jaya (EM225395605MY)
14) Liyana, Putrajaya (EM225395619MY)
15) Elmi, Kuala Lumpur (EM225395548MY)
16) Zulali, Dengkil (EM225395596MY)
17) Suriati, Kajang (EM225395534MY)
18) Syuhaida, Batu Caves (EM225395503MY)
19) Azuana, Wangsa Maju (EM225395494MY)
20) Erna, Shah Alam (EM225395415MY)
21) Siti, Kajang (EM225395450MY)
22) Hafizah, Shah Alam (EM225395401MY)
23) Noraslinda, Petaling Jaya (EM225395344MY)
24) Kartini, Machang (EM225395358MY)
25) Asmahani, Sepang (EM225395375MY)
26) Azizan, Shah Alam (EM225395335MY)
27) Rohani, Kuala Lumpur (EM225395429MY)
Viewing all 44 articles
Browse latest View live